Monday, 4 November 2013

Penerangan Tentang Peluang Kerja Di Australia & New Zealand




Peluang Kerja Di Australia Dan Di New Zealand Bagi Rakyat Malaysia

Assalamualaikum…

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin menerangkan secara terperinci tentang peluang kerja di Australia dan di New Zealand. Kerja yang ditawarkan ialah sebagai pemetik buah, samada buah epal, apricot, anggur dan bermacam-macam buah lagi. Bagi saya, Negara yang dirasakan sesuai dan mudah untuk kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk bekerja ialah di New Zealand. Ini kerana di New Zealand kita tidak memerlukan visa untuk memasuki Negara tersebut. Kita boleh tinggal di New Zealand selama 90 hari tanpa kita perlu memohon visa. Tetapi jika ingin tinggal lebih lama kita diwajibkan untuk memohon visa. Permohonan boleh dibuat secara online sahaja dan bayaran untuk visa ialah RM60.00 sahaja untuk tempoh 90 hari lagi. Untuk mendapatkan permit dan bekerja secara sah, kita diwajibkan untuk memohon permit bekerja (Working Permit ‘WP’) dan permohonan mestilah dibuat oleh pemilik ladang atau kontraktor yang dilantik oleh pemilik ladang yang mengambil kita bekerja. Permit Bekerja tidak akan diberi atau dibuat sebelum kita sampai ke Negara berkenaan.

Untuk Negara Australia pula, kita perlu memohon visa untuk memasuki Negara tersebut. Jika kita tiada visa pihak immigresen Malaysia di KLIA akan menahan kita dan meminta kita memohon visa terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk manaiki kapal terbang. Di Australia juga sama yang mana kita tidak akan diberikan permit bekerja sebelum kita sampai kesana. Dan kaedah yang sama di Australia yang mana pemilik ladang atau kontraktor yang dilantik yang akan mengeluarkan permit bekerja kepada kita yang bekerja di ladang mereka.

Berkenaan dengan upah pula, tuan-tuan dibayar upah mengikut hari dan bukannya minggu atau bulan. Ada juga kontraktor yang membayar upah mengikut jam dan secara kontrak. Kebiasaannya upah seorang pekerja memetik buah mengikut jam ialah AUD13@NZD13- AUD16@NZD16 dan purata jumlah jam bekerja sehari ialah 8-10 jam serta hari bekerja ialah 5-6 hari seminggu. Berlainan pula dengan upah secara kontrak iaitu upah akan dibayar mengikut ‘Bin’ dimana upahnya ialah AUD30@NZD30-AUD35@NZD35 per bin. ‘Bin’ bermaksud takungan atau tempat simpanan yang besar yang tuan-tuan perlu penuhkan dengan buah-buahan yang telah dikutip. Purata bilangan ‘Bin’ yang biasa di penuhkan oleh pekerja dari Malaysia ialah sebanyak 5-7 bin. Ini bermaksud pada hari tersebut pendapatan yang diperolehi ialah AUD245@NZD245 (AUD35x7bin, NZD245x7bin). Tetapi kepada pekerja baru disarankan untuk menerima upah secara jam dan bukannya secara kontrak. Ini kerana upah kontrak lebih lumayan tetapi kerjanya juga agak teruk.

Tentang penginapan pula, pihak kontraktor akan menyediakan tempat penginapan untuk pekerja-pekerjanya. Bayaran untuk penginapan ialah sebanyak AUD90@NZD90 seminggu. Tuan-tuan akan menginap di sebuah rumah yang kebiasaannya mempunyai 5-6 bilik dan bilangan orang untuk 1 bilik ialah 2 orang sahaja. Makan pula tuan-tuan perlu membayar AUD30@NZD30 seminggu. Tentang makanan pula jangan tuan-tuan risau kerana disana banyak kedai-kedai yang boleh tuan-tuan makan. Kedai yang biasa dikunjungi oleh warga Malaysia ialah kedai Pakistan dan kedai makan muslim. Pengangkutan untuk ke tempat kerja pergi dan balik akan disediakan oleh kontraktor. Kepada tuan-tuan yang ingin bertukar dari ladang ke satu ladang, tuan-tuan boleh berbuat demikian jika merasakan ladang yang tuan-tuan bekerja sekarang ini tidak sesuai setelah mendapat kebenaran dari kontraktor yang terlibat. Di luar Negara seperti Australia dan New Zealand, kontraktor mempunyai kuasa besar untuk membuat keputusan apa-apa pun termasuklah memecat tuan-tuan dari bekerja jika didapati tuan-tuan tidak menjalankan kerja dengan baik, tetapi jangan risau kerana perkara ini tidak pernah berlaku kepada warga Malaysia kerana kontraktor yang terlibat adalah warga Malaysia juga. Tuan punya ladang telah memajakkan ladang mereka untuk dituai kepada kontraktor yang terpilih dan boleh dipercayai sahaja dan mereka ini telah berdaftar dengan kerajaan di Australia dan New Zealand bagi menjalankan kerja-kerja penuaian buah-buahan mengikut musim. Bagi mereka yang sudah bosan bekerja di luar Negara, mereka boleh pulang ke Malaysia pada bila-bila masa sahaja kerana tiada kontrak yang mengatakan tuan-tuan tidak boleh pulang ke Negara asal. Cuma sebelum tuan-tuan pulang ke Malaysia, tuan-tuan perlulah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan seperti bayaran tempat penginapan, bayaran makan dan lain-lain bayaran.

Syarat-syarat bagi warga Malaysia yang ingin bekerja di Australia dan New Zealand

1. Mestilah berumur 18 tahun keatas
2. Mempunyai Pasport yang sah (Sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tamat tempoh)
3. Sihat tubuh badan, mental dan fizikal
4. Tidak pernah terlibat dalam aktiviti jenayah dan tidak dibawah pengaruh dadah
5. Mempunyai semangat kerja berpasukan (Team Work) yang kuat
6. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri
7. Mampu bekerja dibawah pengawasan yang minima

Perbelanjaan Yang Perlu diTanggung oleh Pemohon

1. Bayaran ‘Booking’ sebanyak USD500 (Sekali sahaja)

Bayaran booking sebanyak USD500 adalah bayaran yang perlu di dahulukan untuk menempah kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh tuan-tuan disana nanti seperti segala macam dokumen, tempat kerja, tempat penginapan, makan, pengangkutan dan sebagainya. Hanya peserta yg telah membuat bayaran sahaja akan dilayan dan ini kerana ada segelintir peserta yang menanyakan terlalu banyak soalan tetapi sekadar untuk bertanya dan bukannya serius untuk pergi dan ini membuang masa saya, Encik Azman dan peserta itu sendiri. Oleh itu kami telah mengambil pendekatan dengan cara kepada peserta yg telah membayar sahaja akan dilayan. Harap maklum

Bayaran ini perlulah dibuat sekiranya tuan-tuan memang berminat untuk bekerja diluar Negara kerana pemohonan peserta yang membayar sahaja akan diproses. Tiada kos atau bayaran tersembunyi yang dikenakan selain dari bayaran ‘Booking’ tersebut. Tempat adalah terhad dan pihak kami cuma menghadkan hanya kepada 50 orang sahaja setiap bulan. Bayaran perlulah dibuat ke akaun Perfect Money (PM) Encik Azman Omar sendiri. Beliau menggunakan kaedah pembayaran menggunakan akaun Perfect Money kerana dengan Perfect Money lebih senang menerima dan menghantar duit disebabkan beliau sekarang ini berada di New Zealand dan Perfect Money diiktiraf serta digunapakai diseluruh dunia dan salah satu kaedah pembayaran online yang paling selamat.

Bayaran booking tersebut perlulah dibayar untuk membolehkan saya menempah tempat penginapan, pengangkutan untuk pergi dan balik kerja, makan dan sebagainya untuk tuan-tuan. Setelah bayaran booking dibuat, tuan-tuan perlulah memaklumkan kepada saya dan menghantar details tentang bayaran tersebut dan nama tuan-tuan akan disenaraikan sebagai peserta dan tuan-tuan boleh lah mengumpul duit untuk membeli tiket kapal terbang pula. Saya cadangkan belilah di Airasia kerana harganya murah.
2. Tiket Kapal Terbang Pergi dan Balik (Airasia)

Tuan-tuan memerlukan tiket kapal terbang pergi dan balik adalah kerana memang sudah menjadi prosedur sesebuah Negara semua warga asing yang memasuki negera mereka mestilah membeli tiket pergi dan balik kerana mereka tidak mahu menjadi masalah jika tuan-tuan terlibat dengan sebarang kes yang memerlukan tuan-tuan dihantar pulang ke Negara asal.

3. ‘Show Money’ AUD1000 @ NZD1000

‘Show Money’ adalah duit tunjuk, duit yang perlu tuan-tuan ada untuk ditunjukkan kepada pihak imigresen Australia atau New Zealand kerana mereka tidak mahu kita datang ke Negara mereka sebagai peminta sedekah atau sebagai pencari kerja. Dengan duit ini kita boleh yakinkan mereka kita ini sebagai pelancong dari Malaysia. Jangan sesekali sebut tentang mencari kerja atau perkataan yang seumpama itu kerana pihak imigresen mereka ini sangat ketat, mungkin nanti jika tuan-tuan tidak cukup maklumat tuan-tuan akan di hantar pulang kerana mereka ini tidak mahu orang yang tidak ada permit bekerja bekerja secara haram dinegara mereka. Saya rasa sekian dulu penerangan ringkas dari saya tentang peluang bekerja di luar Negara iaitu di Australia dan New Zealand. Sekiranya tuan-tuan ada persoalan yang kurang jelas bolehlah email saya untuk bertanyakan sesuatu.

Perlu diingat, saya bukanlah ejen pencari kerja tetapi saya adalah salah seorang sahabat Encik Azman Omar dan peluang ini adalah hasrat dari beliau cuma saya adalah sebagai pelaksananya dan saya juga tidak menerima sebarang bayaran. Segala bayaran adalah perlu dibayar terus ke akaun Perfect Money beliau. Saya berbesar hati jika sebelum tuan-tuan membuat bayaran, tuan-tuan memaklumkan kepada saya dahulu bukannya apa Cuma saya takut transaksi tuan-tuan terlepas pandang kerana Encik Azman Omar boleh dikatakan hampir setiap hari menerima bayaran melalui akaun Perfect Money beliau. Tuan-tuan fikir-fikirkan lah peluang semacam ini cuma dating sekali sahaja dalam seumur hidup kita. Jika tuan-tuan tidak mengambil peluang ini besar kemungkinan tuan-tuan akan rugi kerana mungkin peluang seumpama ini tidak akan datang lagi… Sekian terima kasih…

Yang Benar,
Mohd Fauzi Bin Zainuddin
mohdfauzi7777@gmail.com