Macamana
Nak Apply…?
- Terbuka kepada lelaki dan wanita warga Malaysia yang mempunyai kad pengenalan yang sah
- Terbuka untuk semua bangsa (Melayu, Cina, India)
- Wanita bertudung juga boleh memohon dan bekerja
- Berumur antara 18 hingga 50 tahun
- Sihat tubuh badan serta rajin, berdisiplin, bersemangat dan boleh bekerja secara individu atau berkumpulan, boleh bekerja dibawah pengawasan yang minima
- Ingin mengubah cara hidup diri anda, keluarga serta ke dua ibu bapa
Siapa
Yang Saya Perlukan Untuk Bekerja Di Australia…?
Sesiapa yang serius hendak
bekerja dan orang yang jujur. Tidak kisah tujuan pergi sana sebab cari duit
untuk langsaikan hutang, kumpul duit nak kahwin or nak buat modal business,
terserah kepada tujuan anda. Dan orang yang jujur, sebab pergi sana nanti saya
tidak mahu ada banyak masalah kerana nanti yang dapat nama buruknya Malaysia
juga, dan tidak menyusahkan orang Malaysia yang lain untuk pergi travel or
kerja in future.
Penginapan
Anda di Ladang
Penginapan akan di sediakan oleh kontraktor ladang semasa di Australia nanti. Jadi anda tak perlu risau berkenaan rumah, biasanya anda akan duduk ramai ramai satu rumah dalam 6 ke 7 orang dan biasa nya kontractor akan menempatkan anda semua dengan orang Malaysia. Sewa rumah antara AUD80 - AUD85 seminggu
Pengangkutan
Anda Ke Tempat Kerja
Akan di sediakan oleh kontractor
ladang. Jadi anda tak perlu risau untuk ke tempat kerja pergi & balik.
Mereka akan mengenakan charge tertentu mengikut kontractor. Charge antara AUD5
- AUD7 sehari
Waktu
Bekerja Bagi Anda
Berbeza beza mengikut ladang
dan jenis kerja. Biasanya kerja akan bermula pada jam 8 pagi hingga 4 petang atau
8 pagi hingga 6 petang. Jumlah jam bekerja ialah antara 8 jam hingga 10 jam
sehari dan ini bergantung kepada kontraktor dan juga di ladang mana anda
ditempatkan. Hari bekerja biasanya antara 6 hingga 7 hari seminggu. Disebabkan
Australia mempunyai 4 musim, cuaca mempengaruhi jumlah hari anda bekerja dalam
seminggu.
Kos
Makan Dan Minum
Kos untuk makan dalam seminggu untuk anda adalah AUD35 - AUD50 sahaja tetapi
jika di kongsi berdua hanya dalam AUD20 - AUD25 sahaja.
Cara
Bekerja
Anda akan bekerja secara
individu atau berkumpulan mengikut kehendak tuan ladang. Seorang supervisor
akan memberi arahan kepada anda sebelum memulakan kerja nanti. Anda harus
melaporkan apa sahaja maklumat yang diminta oleh supervisor anda berkenaan
kerja yang anda telah lakukan. Jangan risau kerana supervisor ini juga kebanyakannya
orang Malaysia.
Kenapa
Anda Perlu Membayar Untuk “Booking” Program Ini?
Anda perlu membayar untuk “menempah@booking”
program ini ialah kerana bagi saya orang yang betul-betul berminat dan
mempunyai cita-cita serta komitmen yang tinggi sahaja sanggup berkorban wang
ringgit demi mencapai apa yang diinginkan dalam hidup mereka.
Dengan bayaran dari anda juga
saya boleh membuat tempahan bagi pihak anda untuk penyediaan kerja,
pengangkutan serta tempat tinggal semasa anda berada disana.
Ini juga boleh
mengklasifikasikan antara peserta yang betul-betul berminat dengan peserta yang
hanya sekadar mahu bertanya dan tidak berani untuk berkorban untuk mengubah
hidup mereka dan mereka ini akan duduk ditakuk lama dalam kehidupan mereka.
Kerana memang resam orang
Malaysia lebih menghargai sesuatu jika benda @ services itu di bayar, walaupun
casnya sedikit itu menunjukkan komitmen mereka untuk datang dan bekerja
bersungguh sungguh.
Setelah membuat bayaran, para
peserta akan diberikan NO ID dan NO ID inilah yang akan dipakai sampai
bila-bila apabila hendak berurusan dengan pihak kami. Sebarang email yang
hendak dihantar hendaklah diisikan dengan NO ID para peserta diruangan “Subject”
dan ini memudahkan pihak kami mengenalpasti yang email tersebut datangnya dari
peserta yang telah membuat bayaran.